Wednesday 28 March 2018

#ROAD2PRU14 PERSEMPADANAN SEMULA LULUS DI DEWAN RAKYAT


Dewan Rakyat hari ini meluluskan pembentangan Laporan Persempadanan Semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan akan berlangsung sebelum bulan Jun ini. 

Laporan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan disokong oleh Timbalannya, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu mendapat sejumlah 129 undi bersetuju dan 80 undi membantah. 

Melalui persempadanan semula ini juga pihak SPR telah mengemukakan empat syor iaitu :

1. Tiada perubahan bilangan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu. 

2. Tiada perubahan bilangan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu. 

3. Pindaan dan perubahan membabitkan 12 Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu melibatkan Kedah sebanyak 1 bahagian, Perak (2 bahagian), Selangor (5 bahagian), Negeri Sembilan (1 bahagian), Melaka (1 bahagian) dan Johor (2 bahagian).

4. Pindaan dan perubahan membabitkan 28 Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu melibatkan Kedah sebanyak 1 bahagian, Kelantan (2 bahagian), Terengganu (1 bahagian), Perak (2 bahagian), Selangor (9 bahagian), Negeri Sembilan (2 bahagian), Melaka (3 bahagian) dan Johor (8 bahagian). 

Untuk rekod, proses persempadanan semula dilakukan setiap 8 tahun dan sehingga kini sebanyak 14 kali sesi persempadanan semula telah dijalankan oleh SPR. 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

PAKATAN HARAPAN GAGAL LAGI DAN TERUS GAGAL

"Kita mesti sokong DAP untuk pertahan syiar Islam di Malaysia!"

GAGAL LAGI!! 

Ya, itu kesimpulan yang paling tepat boleh dibuat bagi merujuk penganjuran demonstrasi Bersih 6 di perkarangan bangunan Parlimen hari ini. 
Sehingga acara berakhir tengah hari tadi, tak sampai 200 orang peserta pun yang hadir.
Jumlah ini terlalu amat kecil berbanding jumlah pengundi berdaftar terkini yang sudah pun melepasi angka 14 juta orang.
Ini tentunya mengecewakan kepimpinan Pakatan Harapan.
Boleh dilihat ketara senyuman hambar di wajah Muhyiddin Yasin, Teresa Kok, Tian Chua, Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang.
Ucapan mereka bahkan gagal merasuk semangat para peserta untuk mencetuskan kekacauan seperti yang dirancang lebih awal.
Situasi seperti ini pasti tidak akan berlaku jika PAS masih bersama pakatan pembangkang kerana reputasi parti itu dalam mengerahkan para penyokongnya hadir dalam pelbagai siri demonstrasi sebelum ini amat cemerlang.
Adakah rakyat sudah bosan dengan politaik Pakatan Harapan? Kami tak kata ya, tapi kami berpendapat dakwaan ini ada benarnya.

Jom lihat foto-foto sekitar demonstrasi Bersih 6 yang lain.. 

Muhyddin Yasin sanggup ponteng
sidang Dewan hari ini semata-mata
nak hadir demonstrasi. 

Jangan kecam saya maa.. Saya sedang berjuang
untuk rakyat Malaysia!! 

Ni pun tak tahan panas juga ke? 

Haiyaa.. di Penang, anak wa naik court pun talak olang tulun demo..
Sini pun talak olang jugak kah?? 

SPR pentipu!! SPR pentipu!! SPR pentipu!! 

"Bos, better you balik sajalah.." 

Atok pun sedih...sedihh.... 

Ini tengah tengok gigs ke?? 

JADUAL KETIGA BELAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA (PERUNTUKAN BERHUBUNG PERSEMPADANAN SEMULA PILIHANRAYA)



JADUAL KETIGA BELAS [Perkara 113, 116, 117]

Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

BAHAGIAN I PENETAPAN DAN PRINSIP YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENYEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

1. Sehingga diubah mengikut peruntukan Jadual ini, bahagian-bahagian pilihan raya bagi memilih ahli-ahli ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri hendaklah bahagian-bahagian pilihan raya yang mula-mula digunakan bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan, mengikut manamana yang berkenaan, menurut Perlembagaan ini atau Akta Malaysia.

2. Prinsip yang berikut hendaklah seboleh-bolehnya diambil kira dalam membahagikan mana-mana unit kajian semula kepada bahagian-bahagian pilihan raya menurut peruntukan Perkara 116 dan 117—

(a) di samping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi, bahagian-bahagian pilihan raya patutlah disempadankan supaya tidak merentasi sempadan Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan;

(b) perhatian patutlah diberikan kepada kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian pilihan raya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu;

(c) bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya; 245 Perlembagaan Persekutuan

(d) perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.

3. Bagi maksud Bahagian ini, bilangan pemilih hendaklah dikira sebagai bilangan yang ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa.

3A. Bagi maksud Bahagian ini, dalam apa-apa kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah setiap satunya dikira sebagai suatu Negeri.

BAHAGIAN II TATACARA BAGI MENYEMPADANKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN 
PILIHAN RAYA

4. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan buat sementara untuk membuat syor di bawah Fasal (2) Perkara 113 yang menyentuh mana-mana bahagian pilihan raya, Suruhanjaya hendaklah memberitahu Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri dengan sewajarnya, dan hendaklah menyiarkan dalam Warta dan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan di dalam bahagian pilihan raya itu suatu notis yang menyatakan—

(a) kesan syor yang dicadangkan olehnya, dan (kecuali dalam hal jika Suruhanjaya bercadang untuk mengesyorkan bahawa tiada perubahan dibuat berkenaan dengan bahagian pilihan raya itu) bahawa suatu salinan syornya terbuka untuk diperiksa di suatu tempat tertentu di dalam bahagian pilihan raya itu; dan

(b) bahawa representasi mengenai syor yang dicadangkan itu boleh dibuat kepada Suruhanjaya dalam masa satu bulan selepas penyiaran notis itu, dan Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat dengan sewajarnya mengikut mana-mana notis itu.

5. Jika, apabila tersiarnya notis di bawah seksyen 4 mengenai sesuatu syor yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengubah mana-mana bahagian pilihan raya, Suruhanjaya menerima apa-apa representasi membantah syor yang dicadangkan itu daripada—

(a) Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagianbahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu; atau

(b) sekumpulan orang seramai satu ratus orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan, 246 Undang-Undang Malaysia maka Suruhanjaya hendaklah menyebabkan suatu siasatan tempatan diadakan berkenaan dengan bahagian-bahagian pilihan raya itu.

6. Berhubung dengan apa-apa siasatan yang diadakan di bawah seksyen 5 Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

7. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya menyemak apa-apa syor yang dicadangkan selepas menyiarkan suatu notis mengenainya di bawah seksyen 4, maka Suruhanjaya hendaklah sekali lagi mematuhi seksyen itu berhubung dengan syor yang disemak itu, seolah-olah tiada notis dahulunya telah disiarkan: Dengan syarat bahawa tidaklah perlu diadakan lebih daripada dua siasatan tempatan berkenaan dengan mana-mana syor itu.

8. Setelah selesai menjalankan tatacara yang ditetapkan oleh Bahagian ini, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu laporan mengenai bahagian-bahagian pilihan raya yang menunjukkan—

(a) bahagian-bahagian pilihan raya yang kepadanya disyorkan olehnya supaya setiap unit kajian semula patut dibahagikan untuk melaksanakan prinsip yang dinyatakan dalam seksyen 2; dan

(b) nama-nama yang dengannya disyorkan olehnya bahagian-bahagian pilihan raya itu hendaklah dikenali, atau menyatakan bahawa pada pendapatnya tiada perubahan dikehendaki dibuat untuk melaksanakan prinsip tersebut.

9. Dengan seberapa segera yang boleh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan laporannya kepada Perdana Menteri di bawah seksyen 8, Perdana Menteri hendaklah membentangkan laporan itu di hadapan Dewan Rakyat, bersama dengan (kecuali dalam hal jika laporan itu menyatakan bahawa tiada perubahan dikehendaki dibuat) draf suatu Perintah yang akan dibuat di bawah seksyen 12 bagi melaksanakan, dengan atau tanpa ubah suaian, syor yang terkandung dalam laporan itu.

10. Jika mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 diluluskan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf Perintah itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

11. Jika usul bagi meluluskan mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 ditolak oleh Dewan Rakyat, atau ditarik balik dengan kebenaran Dewan itu, atau tidak disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri boleh, selepas mengadakan apa-apa rundingan yang difikirkannya perlu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, meminda draf itu dan membentangkan draf yang 247 Perlembagaan Persekutuan dipinda itu di hadapan Dewan Rakyat; dan jika draf sebagaimana yang dipinda sedemikian diluluskan oleh Dewan itu melalui suatu ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu,maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf yang dipinda itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

12. Jika draf sesuatu Perintah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Bahagian ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah membuat suatu Perintah mengikut kehendak draf yang dikemukakan kepadanya itu, dan Perintah itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalamnya: Dengan syarat bahawa permulaan kuat kuasa mana-mana Perintah sedemikian tidaklah menyentuh mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sehingga pembubaran yang berikutnya Parlimen atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berlaku pada atau selepas tarikh itu.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...