Tuesday 12 December 2017

RAFIZI FITNAH KEMUDIAN CABAR SAMAN – CARA MUDAH RAFIZI KUMPUL DUIT

Rafizi kini ibarat keseorangan. Dia bukan lagi pemimpin kegemaran Pakatan Harapan lebih-lebih lagi apabila dia hilang kelayakan bertanding dalam PRU14 kelak. Lebih memeritkan, sumber kewangannya yang selama ini ditaja melalui akaun parti juga semakin menyusut.

Puncanya? Mudah. Ia kerana pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan lain seperti Lim Guan Eng dan Azmin Ali mula menyedari bebanan yang terpaksa dipikul jika Rafizi terus menerus menyebarkan fitnah.

Sebelum ini hayat politik pakatan pembangkang amat bergantung kepada keupayaan Rafizi mencipta fitnah dan menyemai persepsi-persepsi negatif atau tidak tepat terhadap kerajaan. Misalnya, isu cincin berlian bernilai jutaan Dollar yang dikaitkan dengan Datin Sri Rosmah Mansor, isu NFC yang dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil, isu enjin jet pejuang TUDM yang dicuri dan isu pembelian dua buah kapal selam milik TLDM. 

Semua isu ini dibangkitkan oleh Rafizi sebelum disambut dan ditularkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain hingga rakyat pun percaya bulat-bulat. Hasilnya, pembangkang (dikenali sebagai Pakatan Rakyat sebelum ini) berjaya mencipta beberapa kejayaan yang signifikan dalam dua siri pilihan raya umum terakhir (PRU12 dan PRU13).

Bagi para penganalisis politik, 70% kejayaan Pakatan Rakyat hingga berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pada PRU12 dan sekali lagi mengekalkan kemenangan di Selangor dan Pulau Pinang pada PRU13 adalah kerana kejayaan fitnah-fitnah yang ditanam oleh Rafizi.

Namun keupayaan Rafizi mencipta fitnah dan persepsi nampaknya tidak lagi menjadi batu loncatan kepada Pakatan Harapan untuk meraih sokongan rakyat yang semakin celik terhadap maklumat yang sahih. Ini ditambah pula dengan peningkatan kekuatan jentera siber Barisan Nasional yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Apa sahaja fitnah, tuduhan, dakwaan, persepsi jahat dan sebagainya yang dicipta oleh Rafizi akan dipatahkan dalam masa yang amat singkat.  Situasi ini sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan dalam PRU14 yang dijangka berlangsung kurang 150 hari dari sekarang.

Justeru dapat disaksikan kini, apabila Rafizi mendendangkan fitnah baharu terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Abdul Rahman Dahlan semalam SINI, tidak ramai pemimpin Pakatan Harapan menyambutnya apatah lagi membantu menularkan fitnah tersebut. Melalui fitnah ini, Rafizi mendakwa Dato’ Abdul Rahman Dahlan telah memberikan projek Expo Negaraku yang sedang berlangsung selama sebulan di Dataran Merdeka kepada syarikat abangnya sendiri, yang disebut oleh Rafizi sebagai Raslan Dahlan, CEO PICO Intergrated Exhibit Sdn. Bhd.

Asas dakwaan Rafizi mudah sahaja. Kedua-dua Abdul Rahman dan Raslan ber-bin-kan nama yang sama iaitu Dahlan. Hanya kerana nama yang sama, Rafizi dengan ghairah membuat kesimpulan kononnya kedua-duanya merupakan adik-beradik walhal, fakta sebenarnya,  ibarat jauh panggang dari api. Kegopohan Rafizi ini ternyata menjerat dirinya sendiri kerana dalam tempoh 10 minit sahaja fitnah tersebut berjaya dipatahkan oleh Dato’ Rahman sehingga menyebabkan Rafizi menarik balik fitnahnya itu.

Bayangkan jika pemimpin-pemimpin Pakatan lain turut bersorak menyambut dan membantu menularkan fitnah Rafizi itu. Tentunya seluruh kepimpinan Pakatan Harapan akan malu besar. Menurut rakan saya yang juga salah seorang strategis penting dalam PKR, kredebiliti Rafizi sudah rosak teruk sejak beberapa kali kalah dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh pelbagai pihak ke atasnya sehingga mendorong majlis kepimpinan parti mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati.

Jadi apa sebenarnya niat Rafizi? Untuk memahami hal ini, mudah sahaja. Saya dan rakan-rakan berpendapat bahawa Rafizi mempunyai matlamat peribadi yang amat tidak molek. Rafizi sememangnya sengaja mencipta fitnah dan menanti untuk disaman oleh pihak-pihak yang difitnahnya. Dalam kes membabitkan Dato’ Abdul Rahman Dahlan ini misalnya, dapat dilihat bagaimana Rafizi dengan pantas mencabar beliau supaya menyamannya.

Kenapa? Supaya dia kalah dan diarahkan membayar saman tersebut. Dengan cara ini, Rafizi boleh melancarkan sekali lagi tabung kutipan derma seperti yang dilakukannya baru-baru ini apabila diarahkan membayar sebanyak RM300,000.00 kepada NFC atas fitnah yang pernah dilakukannya dahulu. Tabung yang dilancarkannya melalui INVOKE itu berjaya mengumpul sebanyak RM1.7 juta dalam masa yang singkat. Jika angka tersebut ditolak dengan RM300,000.00 pun bakinya masih banyak dan ini pastinya menguntungkan Rafizi. Menurut maklumat yang saya terima, tidak walau satu sen pun daripada kutipan itu disumbangkan oleh Rafizi kepada partinya.

Jadi inilah sebab sebenar kenapa Rafizi akan terus mencipta fitnah. Dengan saki baki simpati yang dimiliki daripada para penyokongnya, tidak susah untuk Rafizi mendagangkan fitnah di negara ini. Dia tidak kisah jika tidak lagi menjadi pemimpin pujaan Pakatan Harapan kerana di luar sana, masih ramai yang akan terus menyokongnya, termasuk mempercayai fitnah-fitnah yang ditaburkan. Mereka inilah yang akan menyumbang sen dan ringgit kepadanya jika disaman.


Dr. Mun’im Ilyas
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...