Monday 20 November 2017

JIKA BUKAN BN ATAU PAKATAN HARAPAN, ADAKAH PAS AKAN JADI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA?

Tidak jelas, setakat ini, apakah hala tuju sebenar PAS menjelang PRU-14 yang dijangkakan akan berlangsung dalam tempoh kurang daripada 125 hari dari sekarang.

Untuk rekod, PAS menjadi satu-satunya parti politik yang paling kerap mengubah dasar dan hala tuju.

Walaupun ia cuba kekal dengan imej parti Islam kedua terbesar di negara ini selepas UMNO, namun dalam beberapa siri pilihan raya umum sebelum ini, PAS dilihat cenderung mengubahsuai dasarnya agar diterima oleh orang ramai sehingga pernah dilabel sebagai parti flip flop atau tidak tetap pendirian.

Ketika bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU-13 pada 2013 yang lalu, PAS telah secara konsisten, mengubah pendiriannya daripada perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan atas desakan dan tuntutan bersama daripada DAP dan PKR.

Presiden PAS, Hadi Awang malah direkodkan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hudud, yang selama ini menjadi dasar perjuangan parti itu, bukanlah tuntutan utama dalam politik dan kenegaraan khususnya di Malaysia.

Menurut Hadi Awang, Hudud hanya mewakili 0.00001% sahaja daripada keseluruhan isi kandungan Al-Quran berbanding hal-hal seperti kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi, pendidikan dan sebagainya lagi.

Nada ini sama sekali berbeza ketika PAS di bawah kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang suatu ketika dahulu tidak pernah goyah daripada perjuangan negara Islam walaupun diasak dan dihimpit oleh pelbagai pihak khususnya DAP.  

Hari ini, apabila sudah tidak lagi bersama DAP dalam Pakatan Harapan, para penyokong PAS seolah-olah ternanti-nanti apakah hala tuju baharu parti itu di bawah Hadi Awang. Adakah PAS akan kembali kepada roh yang lama dengan jenama Islam yang sebenar?

Walau bagaimanapun, bagi pemerhati politik, jika Hadi mengambil pendirian tersebut pada waktu yang kritikal ini, ia sedikit sebanyak akan menolak PAS ke belakang dalam senarai parti pilihan rakyat Malaysia khususnya golongan moderat non-partisan termasuk dalam kalangan orang bukan Islam yang selama ini tidak menunjukkan minat secara langsung terhadap perkembangan politik negara.

Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perselisihan dalam kalangan pemimpin PAS yang terdiri daripada golongan ulamak dan juga penyokong-penyokong yang masih setia dan percaya akan kredebiliti parti ini sebagai pilihan ketiga yang mampu menentukan corak pentadbiran negara pasca PRU-14 kelak.

Pastinya Hadi dalam dilema besar.

Difahamkan, ketika ini PAS sedang membina semula kepercayaan yang hilang bukan sahaja dalam kalangan para penyokong tetapi juga dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik dari parti lain sebagai persiapan penting menjelang pembubaran Parlimen yang dijangka berlaku sebelum Jun 2018.

Antara strategi yang diatur termasuklah membina kerjasama di luar blok politik sedia ada termasuk berunding secara langsung dengan PKR di Selangor, Perak dan Terengganu tanpa melibatkan campur tangan daripada DAP atau PPBM yang dipimpin oleh seteru utama PAS iaitu Lim Kit Siang dan Dr. Mahathir.

Sehingga kini usaha ke arah membentuk kerjasama ini terus giat dilakukan terutamanya di Selangor. Walaupun bagi sesetengah pemerhati tindakan ini agak janggal dan bakal menimbulkan lebih banyak masalah di kemudian hari, nampaknya bagi pemimpin PAS mahupun PKR sendiri khususnya Azmin Ali, ia adalah pilihan terbaik yang perlu dipertimbangkang lebih-lebih lagi dalam situasi kebergantungan terhadap PAN iaitu parti serpihan PAS  menjadi semakin samar dan penuh keraguan.

Pun begitu, persoalannya asasnya tetap sama, adakah PAS akan kembali melagukan irama yang sama iaitu Hudud dan Negara Islam atau akan mencipta agenda baharu yang lebih sederhana dan boleh diterima ramai sekaligus mengenepikan perjuangan asalnya? 

Jika kembali kepada agenda Hudud dan Negara Islam, adakah orang bukan Islam akan menyokong PAS dan jika sebaliknya, adakah ia mampu menarik sokongan orang Islam pula? 

Dr. Mun'im Ilyas
Panel Pemikir
Darul Ehsan Leaks 

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...